SELAMAT DATANG KE BLOG KRT KG.LAKSAMANA
Blog KRT Kg. Laksamana 2014 merupakan satu laman yang menghubungkan penduduk Kg. Laksamana.

Saturday, 7 June 2014

KENANGAN HARI KELUARGA KRT 2014



HARI KELUARGA DAN SUKANEKA

KRT KG. LAKSAMANA 2014

Tarikh            : 10-11 MEI 2014 (Sabtu dan Ahad)
Tempat           : Port Dickson pantai Sri Purnama

 

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Haji Nurull Akla. Acara pada malam tersebut ialah Malam BBQ bersama keluarga sempena Majlis Hari Keluarga Kg. Laksamana 2014.



Acara keluarga iaitu malam BBQ di sertai oleh semua keluarga yang hadir. Makan malam tersebut telah diadakan bersama dengan jayanya. Antara juadah terhidang seperti ikan, ayam, kerang dan sosej bakar.Kerjasama antara keluarga dapat dilihat dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.





Majlis makan malam berlansung dengan sempurna dan keluarga masing-masing dapat beramah mesra bersama.


Pada keesokan harinya, aktiviti sukaneka diadakan di tepi pantai Sri Purnama, Port Dickson. Aktiviti bermula pada jam 9.00pagi dengan pelbagai acara sukaneka  kanak-kanak, dewasa, dan juga keluarga.

 
Sewaktu pendaftaran keluarga dan acara cabutan nombor bertuah di meja pendaftaran urusetia.
  
Majlis sukaneka dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Nurul Akla. Dan ucapan dari tuan pengerusi KRT 2014 iaituTuan Haji Abu Samah.

Acara sukaneka kanak-kanak berumur dibawah 4tahun didahulukan  dengan acara meniup belon .


Seterusnya, acara dewasa pula diadakan iaitu acara bowling kelapa. Pemenang acara tersebut akan mendapat hadiah dari pihak KRT dan disampaikan oleh tuan pengerusi KRT.
Berikut adalah acara pasangan suami isteri iaitu baling belon air, acara tersebut begitu meriah sekali disertai oleh ibu-bapa ahli KRT.


Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang acara sukaneka.


Syukur Alhamdulilah majlis pada hari tersebut berlangsung dengan jayanya dan dibantu oleh ahli-ahli AJK KRT 2014, Dengan sukacitanya, majlis Hari Keluarga 2014 ini telah disertai oleh ahli-ahli penduduk Kg. Laksamana dan KRT. Diharap agar majlis ini dapat diteruskan bagi memupuk semangat kerjasama serta kejiranan antara satu sama lain. 


3 comments:

  1. Tahun hadapan kita buat diNegeri kedah pulak,kalau setuju.

    ReplyDelete
  2. jom pegi langkawi best :) family day sambil bersiar2 :)

    ReplyDelete
  3. KRT telah menjayakan hari keluarga beberapa tempat dan negeri.Pangkalan Balak. Melaka.2 kali. Teluk Rubiah Pangkur.Perak.PD Negeri 9, 3 kali.Sg. Gumud,Batang kali daerah Kuala Kubu,Bukit lagong.Selangor. Saya berharap ada cadangan dri Tuan/Puan utk menjayakan hari keluarga dilain tempat yg sesuai ditahun hadapan.

    ReplyDelete