SELAMAT DATANG KE BLOG KRT KG.LAKSAMANA
Blog KRT Kg. Laksamana 2014 merupakan satu laman yang menghubungkan penduduk Kg. Laksamana.

Monday, 7 July 2014

GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK DI BULAN RAMADAN


alhamdulilah dengan syukurnya, Pada tahun sekali lagi bersempena bulan ramadan yang mulia ini diberi peluang untuk bergotong -royong bersama ahli-ahli KRT KG laksamana memasak bubur lambuk dan mengagihkan kepada penduduk sekitar kg laksamana.

pada : 6 Julai 20914
tempat : perkarangan rumah pn hafsah @ Anja

segala kerjasama pihak tuan puan didahulukan dgn ucapan terima kasih. SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADAN dan BERBUKA DARI KAMI - ahli krt KG LAKSAMANA


 sesi memasak bubur lambuk bermula
 antara ahli AJK KRT yang turut hadir bg membantu bersama dlm memasak bubur lambuk

 masing-masing berkerjasama bg menyiapkan bubur lambuk.

 lebih kurang 4 periuk besar bubur lambuk yang siap.

 setelah bubur lambuk yang siap dimasak, kemudian pihak AJK akan bersama-sama membungkus dan mengagihkan bubur lambuk tersebut di sekitar kawasan Kg. Laksamana

 bubur lambuk yang telah dibungkus akan diagihkan kepada penduduk kawsankg. laksamana
tidak kira kepada golongan fakir miskin, semua turut merasa.



 wakil-wakil setiap jalan dipertanggungjawab bagi mengagihkan kepada kawasan Kg laksamana


 setelah siap semua tugas, bacaan doa di dahului dengan saudara AJK Ramli bin Subuh. 
alhamdulilah majlis gotong-royong memasak bubur lambuk bersama AJK kg laksamana
selesai dengan sempurna. Diharapkan agar aktiviti seperti dapat dilakukan lagi. bagi mengerakan hubungan  dan kerjasamana antara satu sama lain.

Akhir kata, Selamat berpuasa di bulan ramadan .maaf zahir dan batin.

1 comment:

  1. Syukur Alhamdullilah,diatas kerjasama AJK KRT Kg.Laksamana dgn jayanya melaksanakan program yg telah diatur bersama dgn sebahagian AJK JKKP Kg.Laksamana.Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.Hati gajah sama di lapah,hati kuman sama dicecah.Selamat Berpuasa.

    ReplyDelete